Belum Terlambat UNTUK MENABUNG

Setelah meninggalkam alam persekolahan, saya lansung terputus hubungan dengan S. Alangkah seronoknya apabila saya bertemu dengan S baru-baru ini, terserempak secara kebetulan, dan kami bersembang lama! Memang betul, setelah saya menjadi perunding kewangan, saya dapati, setiap perkara yang kita mahukan ada harganya tersendiri. JIka kita dapat membayar, kita akan dapat hajat di hati. Mungkin wang bukanlah segalanya, tapi SEGALANYA memerlukan wang di zaman teknologi canggih ini. Contohnya, kita perlu menyediakan wang bagi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dalam jangka masa yang panjang, jika dari sekarang kita tidak menyimpan untuk anak-anak, pada masa depan kita akan mengalami kesukaran untuk menghantar anak-anak mendapat pelajaran tertinggi di institusi terbaik.

Hukum dunia yang terjadi amat mudah: Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita tidak akan mendapat sesuatu. Untuk sesuatu berubah, saya perlu berubah. Jadi kita mesti mengkaji semula tabiat dan perbelanjaan kita.

Soal yang selalu ditimbulkan atau yang sering dijadikan alasan ialah, ‘Saya tidak cukup bajet..Di mana nak dapatkan wang lebih untuk disimpan bagi masa depan tu?’ Soal mengetepikan sejumlah wang melalui ‘Bayaran Bulanan’ untuk ‘Kegunaan Masa Depan’ selalu diabaikan dan ditunda. Sebenarnya, kita bukan tidak mahu! Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita tidak akan mendapat sesuatu. Jadi kita kaji sekarang bagaimana mudahnya untuk  memulakan tabiat menyimpan dari sekarang, ‘Bayaran Bulanan’ untuk ‘Kegunaan Masa Depan’ boleh diperoleh dari:

  1. Mengkaji dan ubahsuai bajet bulanan.
  2. Membayar semua pinjaman ‘on time’.
  3. Ubahsuai matlamat dan gaya hidup.
  4. Mengenal pasti kebolehan mendapat pendapatan tambahan.

Sebenarnya, penyediaan bajet adalah sesuatu yang amat mudah dilakukan. Tetapi kebanyakkan kita ramai yang ‘takut’ kepada bajet kerana menganggap penyediaan bajet adalah ‘complicated’. Ini adalah salah satu topik yang saya dan S bincangkan tempoh hari. Masing-masing memberi tip untuk meninggikan pengetahuan dan berkongsi pengalaman kami. Sebenarnya, bajet hanyalah pengiraan pendapatan dan perbelanjaan. Kita hanya perlu menulis dan mengetahui  berapa wang yang keluar. Dan kita perhatikan aliran wang negatif dan perbelanjaan yang tidak terlalu penting. Dan mengunakkan bajet, kita boleh mengetepikan wang setiap bulan untuk ‘Bayaran Bulanan’ bagi ‘Kegunaan Masa Depan’.

Menyimpan wang setiap bulan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan dijadikan rutin seharian dan bulanan. Walaupun kita perlu menetapkan jumlah untuk disimpan, tetapi secara amnya, tidak kira berapa yang disimpan, tetapi yang lebih kita mendapatkan ‘TABIAT’ untuk menyimpan. Dari zaman sekolah saya pelajari, untuk menjadi stabil di segi kewangan, kita mesti sediakan bajet perbelanjaan dan mempunyai disiplin untuk menyimpan wang sebagai persediaan masa hadapan. Setelah wang dikumpul, kita boleh agih agihkan ke pelbagai instrumen pelaburan supaya wang itu dapat tumbuh dengan lebih pantas.

Waktu persekolahan, saya mula menyimpan melalui bank bergerak yang datang ke sekolah setiap bulan. Bersama sama dengan S, kami beratur panjang di bawah sinar mentari menunggu giliran kami untuk masukkan duit. Sehingga tingkatan lima, apabila saya mendapat tempat untuk belajar ke institusi pengajian tinggi, saya memerlukan sejumlah wang yang besar untuk  menyediakan diri ke menara gading. Wang simpanan saya lah yang membantu saya di waktu itu.

Memang betul, sekiranya kita tidak ‘membayar’ lebih dahulu, pasti tidak dapat ‘memperolehnya’. Dalam tugas seharian saya sekarang sebagai perunding kewangan, hukum ini yang saya tekankan, semua yang berkaitan dengan masa depan perlu dibayar SEKARANG sebelum  memperolehnya pada masa depan. Dan setelah wang terkumpul, agihkan ke portfolio yang lebih strategik untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Apabila saya menyarankan kepada S melabur dan membina portfolio pelaburan. S dengan terbuka mengambil saranan tersebut kerana S faham bahawa simpanan perlu diaktifkan supaya dapat memberi pulangan yang lebih.

Jika anda ingin mengetahui cara menyimpan demi masa depan, sila subscribe link di bawah

Sign up form