Kenapa Kita Mesti Menjadi Jutawan

Setiap kita mesti mempunyai dana rizab tunai sebanyak RM1 juta atau lebih, untuk memastikan kita menjalani kehidupan selepas bersara dengan penuh keselesaan.

Salam sayang para pembaca yang dihormati! Artikel motivasi peribadi kali ini mengupas mengenai isu kenapa kita mesti menjadi jutawan! Isu prinsipal utama di sini adalah bahawa setiap kita memerlukan dana rizab tunai sebanyak RM1 juta atau lebih untuk memastikan persaraan kita nanti selesa seperti mana wang bulanan kita dapat dibelanjakan seperti waktu kita bekerja.

Kita semua mesti menjadi jutawan! Tapi ramai yang salah anggap status jutawan! Pada ramai orang, mereka beranggapan bahawa status jutawan didapati dengan mencampurkan kesemua harta, kereta, wang simpanan, wang KWSP, nilai rumah – yang akhirnya menunjukkan jumlah RM1 juta. Juga, kebanyakan orang berfikir bahawa jutawan itu ‘glamor’, berkereta besar, melancong keluar negara dan tinggal di banglo mewah!

9415919-malaysian-currency-RM50-Stock-Photo-money-ringgit-malaysiaTetapi pada dasarnya, kesemua kita mesti mencapai simpanan RM1 juta rizab tunai sasaran apabila bersara pada umur 55 tahun. Jumlah rizab tunai ini datangnya daripada kesemua jumlah wang simpanan, termasuk wang KWSP. Prinsipal paling utama ialah kita mesti mempunyai wang persaraan sebanyak RM1 juta atau lebih, untuk kegunaan kita mengambil faedah/keuntungan daripada pelaburan wang RM1 juta atau lebih untuk digunakan sebagai wang perbelanjaan bulanan.

Jumlah keuntungan daripada pelaburan sahaja yang digunakan untuk berbelanja bulanan, bukan wang keseluruhan dalam rizab tunai anda. Jadi, anda perlu mencapai sasaran RM1 juta di dalam tabungan persaraan walaupun pada zahirnya hanya menjalani kehidupan yang simple di waktu persaraan. Anda mungkin tidak akan dapat membeli kereta besar atau banglo yang mewah kerana kesemua dana simpanan rizab tunai mesti dilaburkan untuk mendapatkan pulangan yang baik. Hal ini bagi menjamin keselesaan dan perbelanjaan bagi berpuluh tahun yang akan datang.

Pelabur-Dr-Niki-300pixRata-rata secara amnya, kita dapati ramai yang tidak memberi perhatian kepada disiplin menyimpan dan persediaan kewangan untuk bersara. Kebanyakan kita mungkin belum berfikir untuk menyedikan wang persaraan yang cukup dan ideal. Ada yang telah mula manyimpan, tetapi akhirnya membelanjakan wang tersebut untuk tujuan menyara pembelajaran anak-anak. Sebagai langkah akhir, seperti yang terjadi sekarang, ramai pesara terpaksa bekerja semula untuk menyara perbelanjaan bulanan masing-masing.

Sebenarnya, ramai yang tidak dapat apa-apa yang mereka inginkan kerana satu sebab iaitu mereka tidak tahu apa yang mereka inginkan. Jika kita membuat suatu matlamat kewangan dengan tepat dan menyasarkan jumlah yang ingin disimpan, insya-Allah, kita akan mendapat sasaran. Secara dalaman, untuk memastikan kita menang di dalam permainan menyimpan dan meningkatkan ekonomi diri, membuat DESIGN untuk berjaya adalah paling utama.

Jadi untuk menjadi jutawan, memerlukan kita membuat TEKAD dan disiplin dari hari ke hari. Katakan saya boleh! Dan mulakan menyimpan wang untuk rizab tunai persaraan.

Semoga pembaca mendapat sedikit idea kali ini. Salam sejahtera.