Mencari Seseorang Yang Bersedia Untuk Membeli

Bacaan Khas Utk meningkatkan Pengetahuan dlm *Jualan*

Perbahasan yang berterusan di setiap mesyuarat penjualan adalah: “Apakah bahagian yang paling penting dalam proses jualan? “
Tidak kira bagaimana mahir anda menjual, bagaimana bagus produk anda, bagaimana hebat keupayaan anda untuk menangani bantahan, bagaimana baik penerangan anda, atau kemahiran anda menentukan kehendak dan keperluan pelanggan, anda tidak akan ada perniagaan jika anda tidak mempunyai prospek!
Mencari prospek adalah kunci yang paling penting dalam kejayaan jualan!
Seseorang prospek adalah individu atau kumpulan yang mampu membuat keputusan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang dijual oleh seorang jurujual. insurancemarketing
Bilakah masa yang sesuai untuk mencari prospek? Jawapannya: sepanjang masa!
Mencari prospek bukan satu aktiviti ‘9-to-5’. Mencari prospek, apabila dilakukan
secara ‘natural’, boleh dilakukan dimana sahaja dan bila-bila masa, dalam hampir mana-mana persekitaran setiap hari bekerja termasuk situasi sosial seperti di majlis makan, di pusat membeli belah atau di mana sahaja ada orang hadir.
Memang tidak dinafikan bahawa aktiviti (membuat kenalan dan panggilan) dalam
dunia jualan adalah kritikal. Seseorang jurujual yang ‘Alert’ sentiasa berada dalam
keadaan “kesedaran,” dengan mata dan telinga terbuka untuk mempromosikan diri dan perniagaannya.
Cara terbaik untuk mula mencari prospek adalah dengan memaparkan keikhlasan mengenali seseorang sambil menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain.
Apabila anda telah menjadi seseorang yang betul-betul prihatin untuk membantu pelanggan, peluang anda untuk menjadi jurujual yang berkesan adalah jauh lebih baik.
Happy selling n becoming the best sales leader & salesperson.