Menjana Wang Lebih Dengan Bajet Harian

Salam Sejahtera pembaca yang dihormati, bersambung daripada artikel terdahulu, ini ialah cara-cara membuat dan betul-betul mengikuti bajet supaya kita dapat menjana wang lebihan daripada pendapatan bulanan kita.

Aturkan perbelanjaan sewaktu membeli-belah.

Setelah tersedar (dan terkejut!) betapa hebatnya perbelanjaan harian anda, langkah seterusnya adalah untuk anda pergi membeli belah secara virtual. Kita bukan nak melawat secara fizikal, tetapi melangkah dalam imaginasi ke kompleks beli-belah masa depan!

Ambil sekeping kertas dan pensel. Senaraikan apa-apa yang perlu atau buat dalam masa tiga ke enam bulan ke hadapan. Mungkin pembelian (seperti bayar kad kredit, membeli saham amanah). Buat yang sama untuk pembelian dalam jangka masa panjang (satu hingga lima tahun).

Tahniah! Anda telah pun ada rancangan belanjawan – sebuah senarai pembelian pada masa depan. Dengan ini, tiap kali anda keluarkan dompet anda, senarai ini akan membentuk keputusan anda untuk berbelanja dan memajukan kewangan anda ke hadapan . Lebih baik kiranya senarai ini bersaiz dompet dan diberi kepada setiap ahli keluarga.

Untuk lebih mendalam, senaraikan lima kegunaan wang anda yang akan menyebabkan hidup anda lebih positif sekarang dan untuk jangka mas 10 tahun akan datang. Juga, senaraikan 5 yang tidak menambah kualiti hidup anda. Ini mungkin janggal, terapi proses berfikir untuk menulis senarai-senarai ini akan mempengaruhi rancangan kewangan dan simpanan anda.

Buat kira-kira mudah – Congak

Bedasarkan senara-senarai tadi, tuliskan berapa kos tiap bulan untuk mendapatkan kesemua pembelian pada masa depan tersebut. Bahagikan kos tiket penerbangan tadi dengan berapa bulan lagi anda akan pergi bercuti. Sangat mudah, kan?

Sediakan minda untuk menyimpan wang

Sekarang masanya untuk tumpukan pendapatan anda pada matlamatnya. Jika pada masa dulu anda sering tergelincir daripada matlamat kerana belanja harian atau pembelian ‘bajet lari’, jawapannya mudah: Sorokkan wang anda.

Cara yang paling berkesan untuk menyimpan adalah dengan kaedah auto-debit, iaitu wang tersebut secara automatik dihantar ke sebuah akaun bank yang tidak gunakan bagi tujuana belanja harian anda. Anda telah pun tahu berapa amaun yang perlu disimpan, tak perlu bekerja keras beringat untuk mengeluarkan wang dari satu akaun dan masuk ke akaun yang lain. Bank anda boleh lakukannya untuk secara automatik melalui arahan anda. Isi borang bank berkenaan dan pada bulan berikutnya, sistem simpanan anda yang canggih ini akan dilancarkan. Anda hanya perlu periksa dari masa ke semasa.

Setelah sistem ini dilancarkan dengan berjaya, jangan ‘kacau’ simpanan itu. Ini mungkin tidak mudah untuk anda, jadi kita ke langkah seterusnya.photogrid_1428626791868

Hentikan berbelanja lebih

Hidup penuh denga cubaan. Cubaan boleh ditangani dengan beberapa sampul surat dan pen. Kaedah bajet sampul surat ini akan mengawal belanja harian anda:

Anggarkan amaun mingguan yang anda benarkan diri anda berbelanja untuk perkara-perkara seperti makanan, pakaian, hiburan, pengangkutan  dan sebagainya. Untuk setiap perkara, sediakan satu sampul surat.

Tiap-tiap minggu isikan sampul-sampul surat itu dengan amaun wang mingguan yang telah ditentukan tadi. Perbelanjaan mingguan anda akan diambil dari sampul-sampul ini.

Bila sampul telah kosong. bajet anda untuk perkara itu telah habis, Jalan pintas bajet ini hanya sebagai panduan. Anda boleh tokok tambah secukup rasa. Tapi jangan jadikannya terlalu kompleks. Ingat, rancangan yang ringkas lebih mudah dipraktikkan. Kiranya konsep-konsep utama bajet ini diikuti, anda akan dapati perkara-perkara remeh tidak akan larikan anda dari sasaran. Semoga berjaya!