Pelaburan di saat ekonomi gawat

Keadaan ekonomi yang tidak menentu ini bukan bermakna tiada peluang untuk pelabur meraih untung, lebih-lebih lagi untuk pelaburan bagi keuntungan jangka masa sederhana dan panjang (3 tahun hingga melebihi 5 tahun) Keadaan ekonomi dan keadaan di pasaran saham adalah berbentuk ‘cylical’. Ia mempunyai kadar masa yang kadang-kadang menurun dan pastinya akan menaik semula selepas penurunan berlaku.

Jika kemelesetan ekonomi dan kemelesetan pasaran saham berlaku, ia memberi peluang kepada pelabur untuk membeli pelaburan pada harga runtuh. Jika pelabur memilih dengan bijak, pelaburan yang dilakukan pada waktu ekonomi biasa atau ekonomi kukuh. Untuk membuat persiapan yang baik, sangat penting bagi pelabur untuk pertama sekali, membina ‘reserve fund’. Iaitu sebuah imagedana untuk kegunaan kecemasan. Dana ini mesti berjumlah sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Dana ini mesti disimpan di sebuah institusi kewangan yang berdaftar atau institusi kewangan yang berdaftar atau institusi perbankan. Prosedur pengeluaran wang mestilah sangat ‘cair’ atau mudah kerana jika anda memerlukan wang anda boleh mengeluarkan serta merta.

Setelah anda mengumpul dana kecemasan tersebut, anda bolehla memulakan ‘portfolio’ pelaburan untuk meraih keuntungan yang lebih tinggi. Jika anda yakin bahawa ekonomi  dunia dan ekonomi Malaysia akan kembali kegemilangannya dalam jangka masa tiga tahun, lima tahun atau 10 tahun akan datang, maka anda boleh mula  menyelidik dan membuat pelaburan yang bersesuaian. Membina ‘portfolio’ sangat penting kerana anda tidak meletakkan kesemua pelaburan di dalam satu bentuk pelaburan sahaja tetapi sebaliknya anda mengagih-agihkan peratus pelaburan di dalam pelbagai bentuk pelaburan. Contohnya, untuk pelabur yang mempunyai tahap risiko sederhana berkemungkinan memilih 30% pelaburan bon, 30% pelaburan amanah saham, 15%  saham di bursa dan selainnya di dalam pelaburan yang tidak turun naik dan juga pembelian insurans. Ramai perunding kewangan dan perunding amanah saham yang dapat membantu anda membina ‘portfolio’ yang sesuai. Anda juga boleh membaca dan menghadiri seminar-seminar berkenaan pelaburan untuk meninggikan kefahaman anda.

  • Untuk pembelian hartanah dan kereta, pembeli dinasihatkan  meninjau kadar faedah pinjaman supaya mereka mendapat kadar faedah pinjaman terendah.
  • 4 tip untuk kaum ibu dan wanita menangani masalah kewangan jika berlaku kemelesetan adalah:
  1. Mulakan tabiat baru untuk mengemas kini perbelanjaan dan mulakan tabiat menulis perbelanjaan supaya anda dapat mengenal pasti ke mana wang anda dibelanjakan. Dengan ini anda dapat mengekang sebarang perbelanjaan yang tidak perlu.
  2. Berbincang ‘action plans’ keluarga dengan suami atau ahli keluarga untuk berjimat, membayar hutang dengan cepat dan tepat, bina dana kecemasan dan membeli ‘portfolio’ pelaburan ketika harga runtuh. Anda mesti membuat pelan jauh ke hadapan. Waktu sebegini adalah antara waktu yang terbaik untuk menyemak prioriti dan perbelanjaan anda.gaji-paling-tinggi-di-malaysia
  3. Mulakan kerja sambilan untuk mencari pendapatan tambahan atau menukar kerjaya. Ada seorang rakan saya yang membuat 5 pekerjaan dalam satu bulan untuk menampung keperluan kewangan keluarga dan ada seorang lagi rakan yang bertekad menukar kerjaya demi mendapat pendapatan yang lebih sesuai dengan keperluan perbelanjaan bulanan beliau. Mungkin di waktu kemelesetan sangat sukar untuk anda membuat keputusan menukar kerjaya, tetapi iainya adalah satu waktu yang sesuai untuk mula berubah dari takuk lama.
  4. Lihat sekeliling dan cari peluang untuk mendapat latihan di dalam bidang yang dapat memberi keuntungan kepada anda sekarang atau di masa hadapan. Isteri kepada seorang rakan saya adalah seorang jurutera dan telah berjaya menjalani latihan dan diiktiraf sebagai seorang Perunding Kewangan. Kita mestilah sentiasa memberi ruang untuk diri kita mencapai tahap dan potensinya. Jika  kita tidak berbuat sesuatu mana mungkin keadaan kita akan berubah!