EmptyName 40 Tak lama dulu saya ada bertemu dengan seorang kawan lama, namanya S. Dalam ramai ramai kawan, S adalah salah seorang kawan yang memang pandai menyimpan duit dari zaman remaja lagi. Dizaman remaja, saya memang banyak mengikut S menyimpan wang setiap bulan apabila mendapat biasiswa kami. S selalu berpesan pada kawan-kawan satu asrama kami, “Jika anda tidak ‘membayar’ untuk masa depan anda dari sekarang (waktu muda), anda tidak akan berhak mendapat masa depan yang selesa. Masa depan anda perlu “dibayar” sekarang supaya wang akan berlipat kali ganda pertumbuhannya kerana wang itu dapat tumbuh dalam jangkamasa yang panjang.”

Apabila saya bertemu dengan S baru baru ini, kami memang bersembang lama! Maklumlah kami memang kawan rapat di sekolah dan mempunyai ‘hobi’ yang sama. Memang betul, setelah saya menjadi perunding kewangan, saya dapati, setiap perkara yang kita mahukan ada harganya tersendiri. Jika kita dapat membayar, kita akan dapat hajat di hati. Mungkin wang bukanlah segalanya, tapi SEGALANYA memerlukan wang dizaman teknologi canggih ini. Contohnya, kita perlu menyediakan wang bagi pendidikan yang terbaik untuk anak anak dalam jangkamasa yang panjang. Jika dari sekarang anda tidak membayar untuk pelajaran tertinggi untuk anak anak, pada masa depan anda akan mengalami kesukaran untuk memastikan anak anak mendapat pelajaran tertinggi di institusi terbaik.

Hukum yang terjadi amat mudah: Jika anda tidak melakukan sesuatu, anda tidak akan mendapat sesuatu. Untuk sesuatu berubah, Saya perlu berubah. Jadi kita mesti mengkaji semula tabiat dan perbelanjaan kita.

Soal yang selalu ditimbulkan atau yang sering dijadikan alasan ialah, ‘Saya tidak cukup bajet..Dimana nak dapatkan wang lebih untuk disimpan bagi masa depan tu?’ Soal mengetepikan sejumlah wang` melalui ‘Bayaran Bulanan’ untuk ‘Kegunaan Masa Depan’ selalu diabaikan dan ditunda. Sebenarnya, kita bukan tidak tahu tetapi tidak mahu! Jika kita tidak melakukan sesuatu, kita tidak akan mendapat sesuatu. Jadi kita kaji sekarang bagaimana mudahnya untuk memulakan tabiat menyimpan dari sekarang, wang ‘Bayaran Bulanan’ untuk ‘Kegunaan Masa Depan’ boleh diperolehi dari:

The Shaklee Women of Inspiration award. Wanita Inspirasiku 2015. Marina Putrajaya , Kuala Lumpur.

The Shaklee Women of Inspiration award. Wanita Inspirasiku 2015. Marina Putrajaya , Kuala Lumpur.  

  1. Mengkaji dan ubahsuai bajet bulanan.
  2. Membayar semua pinjaman ‘on time’.
  3. Ubahsuai matlamat dan gaya hidup.
  4. Mengenalpasti kebolehan mendapat pendapatan tambahan.

Sebenarnya, penyediaan bajet adalah sesuatu yang amat mudah dilakukan. Tetapi kebanyakan kita ramai yang ‘takut’ kepada bajet kerana menganggap penyediaan bajet adalah sesuatu yang ‘komplikated’. Ini adalah salah satu topik yang saya dan kawan saya S bincangkan sewaktu kami bertemu tempohari. Masing masing memberi ‘tips’ untuk mempertinggikan pengetahuan dan berkongsi pengalaman kami. Sebenarnya, bajet hanyalah pengiraan pendapatan dan perbelanjaan. Kita hanya perlu menulis dan mengetahui berapa wang yang masuk dan berapa wang yang keluar. Dan kita perhatikan aliran wang negatif dan perbelanjaan yang tidak terlalu penting. Dan meggunakan bajet, kita boleh mengetepikan wang setiap bulan untuk ‘Bayaran Bulanan’ bagi ‘Kegunaan Masa Depan’.

image

Aspirasi Ikon Wanita Muslim

Menyimpan wang setiap bulan adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan dijadikan rutin seharian dan bulanan. Walaupun kita perlu menetapkan jumlah untuk disimpan, tetapi secara amnya, tidak kira berapa yang disimpan tetapi yang lebih penting kita mendapatkan “HABIT’ untuk menyimpan. Dari zaman sekolah saya pelajari, untuk menjadi stabil di segi kewangan, kita mesti sediakan bajet perbelanjaan dan mempunyai disiplin untuk menyimpan wang sebagai persediaan masa hadapan. Setelah wang dikumpul, kita boleh agih agihkan ke pelbagai instrumen pelaburan supaya wang itu dapat tumbuh dengan lebih pantas. Waktu bersekolah, saya mula menyimpan melalui bank bergerak yang datang kesekolah setiap bulan. Bersama sama dengan S, kami beratur panjang dibawah sinar mentari menunggu giliran kami untuk masukkan duit. Sehingga tingkatan lima, apabila saya mendapat tempat untuk belajar ke institusi pengajian tinggi, saya memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan diri ke menara gading. Wang simpanan saya lah yang membantu saya diwaktu itu. Memang betul, sekiranya kita tidak ‘membayar’ lebih dahulu, pasti tidak dapat ‘memperolehinya’. Dalam tugas seharian saya sekarang sebagai perunding kewangan, hukum ini yang saya tekankan, semua yang berkaitan dengan masa depan perlu dibayar SEKARANG sebelum memperolehinya pada masa depan. Dan setelah wang terkumpul, agihkan ke portfolio yang lebih strategik untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Apabila saya menyarankan kepada S untuk melabur dan membina portfolio pelaburan, S dengan terbuka mengambil saranan tersebut kerana S faham bahawa simpanan perlu di aktifkan supaya dapat memberi pulangan yang lebih baik. Pertemuan kami berakhir dengan senyuman dan saya bersyukur mempunyai seorang kawan seperti S yang menolong membina minda ‘menyimpan’ saya sewaktu remaja dulu. Kini giliran saya pula membantu S untuk mengelola dan membina portfolio pelaburan yang dinamik untuk beliau.

Sekian untuk kali ini.