Miliki Minda Jutawan

Kita telah sampai ke pertengahan tahun 2016 dan elok sekiranya kita menyingkap kembali pencapaian kita selama 6 bulan pertama ini. Dalam dunia kewangan di dalam negara dan di luar negara,rata-rata permulaan peningkatan ekonomi telah terjadi. Pelaburan-pelaburan di bursa dan di amanah saham yang melabur diwaktu saham rendah dalam 6 bulan sudah, telah menikmati pulangan pelaburan yang sangat baik pada saat ini. Ruangan motivasi yang saya tulis ini adalah untuk menolong pembaca mencapai ‘personal financial results’ ataupun adalah untuk pembaca mencapai tahap kewangan yang kukuh buat pembaca sekalian. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi sebuah buku yang di tulis oleh T. Harv Eker, beliau pernah ke Malaysia untuk mengendalikan sebuah seminar Millionaire Mind Intensive di Mines Convention Centre, Kuala Lumpur.

Bagi T. Harv Eker, kejayaan dalam mengukuhkan kewangan peribadi kita dan mengukuhkan kejayaan perniagaan seseorang itu tergantung kepada ‘money and success blueprint’ seseorang itu sendiri. Ianya tidak bergantung kepada  tinggi rendah kelulusan seseorang, mahu pun kecerdikan, skil, corak kerja, kenalan yang seseorang itu miliki, harv2ataupun, jenis perniagaan, jenis pelaburan dan kerjaya. Kerana tidak kira siapapun boleh berjaya dalam mengukuhkan kewangan masing-masing dan berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburi. Saya juga bersetuju dengan pengajaran beliau ini dengan sedikit tambahan penting dari saya: Allah sangat mengasihani dan memberi kepada hamba hamba-Nya. Maka dengan itu, amatlah penting untuk kita menyelidik apakah ‘money and success blueprint’ yang kita miliki. Apakah yang sering kita katakan tentang orang kaya dan orang yang lebih berjaya dari kita?

T. Harv Eker telah menyenaraikan 17 Profil Minda Jutawan yang dimiliki individu-individu Jutawan. Untuk mencapai kejayaan, miliki lah minda Jutawan dan berfikirlah secara Jutawan berfikir.

Profil Minda Jutawan menerangkan bagaimana Jutawan berfikir dan bagaimana ianya berlainan dari cara berfikir orang yang sentiasa ‘struggle’ (yang bergelut) atau yang berada dalam kemelut kemiskinan. T. Harv Eker berpesan jika anda belum lagi berada di tahap kewangan yang baik, seperti yang anda harapkan, anda mestilah berusaha menukar cara berfikir dan menukar ‘money and success blueprint’ anda.

17 Profil minda Jutawan oleh T. Harv Eker:

Profil 1; Jutawan berfikir “Saya boleh mencorak hidup ini”. Bukan berfikir “Saya berserah pada keadaan saya”.

Profil 2; Jutawan berfikir cara ‘memenangi’ permainan duit. Bukan berfikir untuk tidak mahu ‘rugi’.

Profil 3; Jutawan ‘ betul-betul memberi komitmen’ untuk kaya. Bukan hanya ‘ingin’ menjadi kaya.

T-Harv-Eker_th_3Profil 4: Jutawan berimpian dan bercita-cita BESAR. Bukan cuma mempunyai impian yang kecil.

Profil 5; Jutawan menumpukan fokus kepada ‘opportunity’. Bukan memberi fokus kepada cabaran dan masalah.

Profil 6; Jutawan suka dan ‘admire’ orang lain yang berjaya. Bukan tidak menyenangi mereka yang lebih berjaya.

Profil 7; Jutawan berkawan dengan orang yang positif. Bukan berkawan dengan orang yang negatif.

Profil 8; Jutawan sentiasa ‘promote’ diri dan nilai murni mereka. Bukan menganggap ‘promotion, diri itu sebagai sesuatu yang negatif.

Profil 9; Jutawan sentiasa lebih besar dari apa-apa cabaran atau masalah yang dihadapi. Bukan lebih kecil dari cabaran.

Profil 10; Jutawan menerima dengan terbuka. Bukan takut menerima.

Profil 11; Jutawan memilih dibayar berasaskan pencapaian. Bukan berasaskan masa yang diberi untuk menyiapkan kerja.

Profil 12; Jutawan berfikir mendapatkan kesemua. Bukan salah satu.

Profil 13; Jutawan menumpukan fokus kepada kekayaan ‘net worth’. Bukan kepada gaji.

Profil 14; Jutawan mengelolakan kewangan dengan cemerlang. Bukan ambil sambil lewa.T-Harv-Eker-Practice-being-in-the-present-quote

Profil 15; Jutawan menjadikan ‘wang’ bekerja untuk mereka. Bukan mereka bekerja untuk wang.

Profil 16; Jutawan melakukan sesuatu dan meneruskan walaupun takut. Bukan menjadikan ketakutan itu sebagai sebab untuk berhenti.

Profil 17; Jutawan sentiasa belajar dan mencari ilmu yang lebih. Bukan berhenti belajar kerana mereka sudah pandai.

T. Harv Eker mengajar kita berfikir. Beliau mahu kita mengasak pemikiran kita yang sering diselubungi oleh ketidakcukupan, fikiran yang tidak positif dan gerak geri kita yang tidak menyokong kita untuk mendapatkan kekukuhan kewangan. Beliau mahu kita mengubah ‘money and success blueprint’ kita jika ia negatif.

Semoga artikel saya pada kali ini dapat membantu para pembaca!