Persiapan Minda & Kewangan Menjelang Hari Raya

Setiap kali tibanya bulan puasa dan hari lebaran, isu kewangan pasti dititikberatkan. Hal 61436433844_freesizeini kerana dalam bulan puasa dan musim peryaan, kita pasti memerlukan sejumlah wang yang lebih bagi membiayai jos yang lebih daripada biasa seperti, menyediakan juadah, zakat, sedekah, duit raya, persiapan raya, pengangkutan balik kampung dan menziarah sanak saudara. Tabiat berbelanja berlebihan membeli juadah dan menyediakan persiapan lebih daripada kemampuan tidak akan membantu kita untuk mencapai tahap kewangan yang baik pada masa akan datang.

Oleh sebab itu saya ingin berkongsi mengenai aset dan liabiliti.

Aset adalah sesuatu hak milik anda yang mempunyai nilai ekonomi. Sesetengah aset anda boleh ditukar kepada wang ringgit dengan mudah, dan sesetengah yang lain mungkin tidak. Aset-aset anda dibahagikan kepada tiga kategori kasar:

TUNAI DAN KATEGORI TUNAI YANG LAIN

ASET GAYA HIDUP

ASET YANG MENJANA PENDAPATAN

Jenis-jenis AsetBMW-2BX6-2Bdengan-2BHasil-2BBisnes-2BShaklee

  1. TUNAI & KATEGORI TUNAI YANG LAIN

Deposit bank, Deposit tetap, Deposit berstruktur, Bon, Akaun tunai dan sebagainya. Kesemua ini selamat dan selalunya memberi pulangan 0.5% hingga 3% setahun. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat membatasi inflasi.

2. ASET GAYA HIDUP

Rumah, kereta, barang kemas, keahlian kelab, ubahsuai rumah dan sebagainya. Aset-aset ini mudah turun nilai mengikut sesuatu jangka masa dan tidak menolong anda membina kekayaan. Ia bersifat guna-pakai dan tidak mengumpul nilai.

3. ASET YANG MENJANA PENDAPATAN

Insuran, pelaburan berkumpulan, saham syarikat, hartanah, amanah saham, bon pulangan tinggi dan sebagainya. Kelas aset ini berpotensi memberi keuntungan modal beserta dengan pendapatan melalui dividen dan bayaran kupon. Tambah dan besarkan aset-aset ini untuk mencapai kestabilan kewangan anda.

Jenis-jenis Liabiliti

Liabiliti ialah hutang atau kewajiban yang perlu dibayar. Liabiliti yang terlalu besar akan menghalang keupayaan membina kekayaan. Kadangkala ia akan menyebabkan muflis.

Secara kasarnya ada tiga kategori liabiliti:harga-emas-dunia-hari-ini-turun-UO9

LIABILITI JANGKA PENDEK

LIABILITI JANGKA SEDERHANA

LIABILITI JANGKA PANJANG

  1. LIABILITI JANGKA PENDEK

Pinjaman pelajaran, kad kredit, akaun sewa-beli, pinjaman ubah-suai dan sebagainya. Penggunaan liabiliti ini perlu berhati-hati supaya tidak menjadi liabiliti jangka sederhana.

2. LIABILITI JANGKA SEDERHANA

Hutang kereta, pinjaman overdraft, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan, pinjaman ubah-suai dan sebagainya. Semua ini perlu dijaga supaya tidak menjejaskan perancangan persaraan.

551914fd-renovation3. LIABILITI JANGKA PANJANG

Overdraft, hutang kereta, pinjaman perumahan, pinjaman pelaburan hartanah, pinjaman perniagaan dan sebagainya. Jika tidak diuruskan dengan sempurna, ia mungkin melupuskan dana persaraan. Ramai yang telah muflis kerana beban hutang yang terlalu berat.

Pinjaman dibuat atas berbagai-bagai sebab. Jika pinjaman dibuat untuk membina kekayaan, hutang itu ialah good debt. Sekiranya pinjaman adalah untuk menikmati gaya hidup mewah atau membeli aset gaya hidup, anda menebus kebebasan masa depan anda dengan kepuasan masa kini.

Ramai yang berhutang terlalu banyak untuk menampung gaya hidup mewah, membuat andaian bahawa aliran pendapatan akan sentiasa tetap dan stabil. Jangkaan itu sudah tentu amat berbahaya dan salah! Sewaktu pasang surut ekonomi negara kita beberapa kitaran yang lalu, kita telah mempelajari bahawa ramai yang terjejas dan ada yan g hilang mata pencarian secara mengejut. Mencari mata pencarian yang baru sudah tentu perlu diberi masa dan barangkali bukan semudah yang diharapkan. Maka jadilah pengguna hebat, berhemah dan bijak lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini!